KHEMAH PERDANA SKPN 2009

Pada 30, 31 Oktober dan 1 November yang lalu, satu perkhemahan tahunan yang dinamakan Perkhemahan Perdana SKPN 2009 telah berlangsung di Nurfa Farmstay, Kg, Sawah, Pekan Nanas. Seramai 73 orang pelajar dari tahun 5 dan 6 telah menyertainya. Perkhemahan tersebut diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan serta memberikan pengalaman aktiviti di luar bilik darjah serta mengenali dengan lebih dekat alam sekitar. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dan para peserta aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dengan ceria dan seronok. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku berkat kerjasama semua guru yang terlibat dalam memastikan keselamatan para peserta. Perkhemahan ditutup dengan rasminya oleh tuan guru besar Encik Md Azman bin Jayus.

Perkhemahan Perdana SKPN 2009 - 3

Perkhemahan Perdana SKPN 2009 - 2

Perkhemahan Perdana SKPN 2009 - 1

PROGRAM KESEDARAN AWAM KITAR SEMULA

Bermula dari tahun 2001, Hari Kitar Semula Kebangsaan disambut setiap tahun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pelbagai program telah dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman orang ramai dan masyarakat tentang kepentingan kitar semula. Bertempat di SK. Pekan Nanas, program pada tahun ini telah dilaksanakan dengan mendapatkan maklumat tentang kefahaman kitar semula dalam kalangan murid-murid sekolah. Sekolah ini juga bertuah kerana merupakan satu-satunya sekolah di daerah Pontian yang terpilih untuk menyertai program tersebut. Seramai lebih kurang 400 orang murid daripada tahap dua telah menyertai program soal selidik tersebut. Sebagai penghargaan, lima orang murid telah diberi hadiah dan cenderamata hasil daripada cabutan bertuah yang telah dijalankan pada 19 Oktober 2009 dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh wakil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. (PPSPPA). Pihak PPSPPA juga telah bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak RM400.00 kepada pihak sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Program Kesedaran Awam Kitar Semula

Guru-guru Tahun 2009

Guru-guru Tahun 2009

Penafian

Pengurus laman web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.